Ahad, 4 Julai 2010

1.1 :...Era JaHiLiyYaH

Sasaran: Menjelaskan permasalahan dan kemerosotan yang dialami oleh masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam. Keadaan dan suasana yang dihadapi oleh Muhammad s.a.w. dalam usaha
menyampaikan seruan Islam.

Era ini juga dikenali sebagai zaman gelap masyarakat Arab. Ini dapat dilihat dari 2 aspek iaitu,
aspek material dan juga aspek moral.

Dalam membicarakan era jahiliyyah wajar kita menumpukan kepada soal moral masyarakat Arab
ketika itu.

Ketuhanan: Mereka asalnya mengikut ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s. tetapi telah
terpesong kepada penyembahan berhala dan nenek moyang. 400 tahun sebelum kedatangan
Muhammad s.a.w., Amr bin Luhai membawa sebuah berhala Hubal dari Syam dan menjadi
berhala yang pertama di Kota Makkah (diletakkan di atas Ka’abah). Setiap kaum mempunyai
berhala mereka sendiri. Ada yang menjadikan berhala sebagai perantara dan masih menganggap
Allah sebagai pencipta alam ini (Surah Luqman 31: 25).

Asobiyyah Jahiliyyah: Mereka sangat mengagung-agungkan kaum sendiri. Mudah menimbulkan perbalahan antara kaum atas sebab-sebab yang remeh. Juga suka merendah-rendahkan kaum lain. Keagungan kaum diperolehi dengan kehebatan dalam peperangan dan kekuatan persenjataan.
Selain itu, sangat berleluasa perlakuan zina, judi, pembunuhan anak perempuan dan lain2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan