Ahad, 4 Julai 2010

ISI - SiRi 1 :...SeJaRaH UmaT IsLaM dr Para Nabi

Sebagai seorang muslim, sejarah kita bermula daripada Nabi Adam a.s, seterusnya nabi-nabi yang terdahulu dan akhirnya Nabi Muhammad S.A.W.



(1) Ramai nabi-nabi yang diutuskan kepada Bani Israel dan mereka sebelum ini dianggap kaum
terpilih oleh Allah s.w.t. Mereka diberikan pelbagai pertolongan dan nikmat (kisah Firaun dan
Nabi Musa a.s., pemberian makanan dari langit, diperlihatkan mukjizat).
Namun demikian, mereka telah mengabaikan tanggung jawab mereka dalam soal ibadah dan juga khalifah.
Mereka telah melakukan penyelewengan dalam aqidah dan juga ibadah.
Selain itu, mereka mengabaikan tugas sebagai khalifah untuk mengajak manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah dan mula menyembunyikan kebenaran, bahkan mengubah mengotori kebenaran dengan
syirik dan hawa.
Ini mengundang kemurkaan Allah. Akhirnya Allah s.w.t. mengalih pemilihan
nabi di kalangan keturunan Nabi Ismail a.s. iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

(2) Jarak masa antara Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w. sangat panjang dan jauh.
Generasi demi generasi silih berganti tetapi ajaran Nabi Ibrahim a.s. masih banyak dikekalkan
walaupun terdapat penyelewengan dalam beberapa amalan (amalan Haji, bulan-bulan Haram, kepercayaan kepada Allah sebagai pencipta).

Penyediaan Muhammad sebagai Nabi


1. Di Perkampungan Bani Sa’adah
Baginda dibesarkan selama 4 tahun oleh keluarga susuannya. Oleh itu, Baginda membesar dengan
tubuh yang kuat, jasmani yang sejahtera, lidah yang fasih, jiwa yang berani dan mampu menunggang

kuda dengan baik sekalipun masih kecil usianya.

2. Peristiwa Penyucian Hati
Baginda mengalami penyucian hati oleh Malaikat Jibril ketika berusia 5 tahun. Malaikat Jibril
keluarkan hati dan basuh dengan air zamzam (Hadith dari Anas). Peristiwa yg sama berlaku ketika
Muhd s.a.w. berusia 51 thn (sebelum Isra` Mi’raj).

3. Mengembala Kambing dan Berniaga
Baginda mengembala kambing ketika bersama pakciknya, Abu Thalib. Sabda baginda:
“Semua nabi pernah mengembala kambing. Mereka bertanya: Kamu juga wahai Rasulullah?
Baginda menjawab: Aku juga begitu.”
Baginda berniaga bersama pakciknya dan kemudian, Khadijah binti Khuwailid.

4. Tidak Berfoya-foya dan Tidak Terdedah kepada Amalan Syirik
Peristiwa baginda tertidur dalam 2 majlis keramaian (perkahwinan) dan baginda juga tidak terlibat
bersama kaumnya menyembah berhala, makan sembelihan untuk berhala, minum arak dan bermain
judi.

5. Gelaran Al-Amin dan As-Shadiq
Baginda s.a.w. dikenali sebagai seorang yang jujur dan amanah di kalangan kaumnya. Baginda
terkenal dengan hubungan baik, menepati janji. Kematangan baginda terserlah semasa peristiwa
perletakkan Hajaratul Aswad ketika berumur 35 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan