Isnin, 11 Oktober 2010

1.2 .. Era Makkah ; Dakwah Bermulaa

Era Makkah: Dakwah bermula…

Sasaran: Menyatakan peranan dan tugas utama yang dibawa oleh Muhammad s.a.w. sebagai
Rasulullah, iaitu untuk berdakwah. Beberapa perkara lain yang perlu ditekankan adalah
kesungguhan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat dalam berdakwah dan isu utama yang
diselesaikan oleh para pendakwah pada era ini (persoalan aqidah tauhid).
Era ini berlansung selama 13 tahun (610 – 623M).

Penurunan Wahyu: Permulaan Misi Dakwah







Apabila Muhammad s.a.w. menghampiri umur 40 tahun. Baginda mula pergi ke Gua Hira’ di
Bukit Nur. Kisah penurunan wahyu diterangkan dalam hadith diriwayat Aisyah r.a.:
…Jibril menemui baginda dan memerintah baginda membaca dengan katanya: Bacalah ,
jawab baginda: Daku tidak tahu membaca , dipeluknya baginda sehingga
kepenatan dan diperintah sekali lagi dengan katanya: Bacalah, jawab baginda: Daku tidak tahu
membaca, maka dipeluknya hingga baginda kepenatan, diseru lagi dengan katanya, bacalah! dan
jawab baginda daku tidak tahu membaca, dipeluknya Baginda kali ketiga kemudian dilepaskan
dengan katanya:

Ahad, 4 Julai 2010

1.1 :...Era JaHiLiyYaH

Sasaran: Menjelaskan permasalahan dan kemerosotan yang dialami oleh masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam. Keadaan dan suasana yang dihadapi oleh Muhammad s.a.w. dalam usaha
menyampaikan seruan Islam.

Era ini juga dikenali sebagai zaman gelap masyarakat Arab. Ini dapat dilihat dari 2 aspek iaitu,
aspek material dan juga aspek moral.

Dalam membicarakan era jahiliyyah wajar kita menumpukan kepada soal moral masyarakat Arab
ketika itu.

Ketuhanan: Mereka asalnya mengikut ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s. tetapi telah
terpesong kepada penyembahan berhala dan nenek moyang. 400 tahun sebelum kedatangan
Muhammad s.a.w., Amr bin Luhai membawa sebuah berhala Hubal dari Syam dan menjadi
berhala yang pertama di Kota Makkah (diletakkan di atas Ka’abah). Setiap kaum mempunyai
berhala mereka sendiri. Ada yang menjadikan berhala sebagai perantara dan masih menganggap
Allah sebagai pencipta alam ini (Surah Luqman 31: 25).

Asobiyyah Jahiliyyah: Mereka sangat mengagung-agungkan kaum sendiri. Mudah menimbulkan perbalahan antara kaum atas sebab-sebab yang remeh. Juga suka merendah-rendahkan kaum lain. Keagungan kaum diperolehi dengan kehebatan dalam peperangan dan kekuatan persenjataan.
Selain itu, sangat berleluasa perlakuan zina, judi, pembunuhan anak perempuan dan lain2.

ISI - SiRi 1 :...SeJaRaH UmaT IsLaM dr Para Nabi

Sebagai seorang muslim, sejarah kita bermula daripada Nabi Adam a.s, seterusnya nabi-nabi yang terdahulu dan akhirnya Nabi Muhammad S.A.W.



(1) Ramai nabi-nabi yang diutuskan kepada Bani Israel dan mereka sebelum ini dianggap kaum
terpilih oleh Allah s.w.t. Mereka diberikan pelbagai pertolongan dan nikmat (kisah Firaun dan
Nabi Musa a.s., pemberian makanan dari langit, diperlihatkan mukjizat).
Namun demikian, mereka telah mengabaikan tanggung jawab mereka dalam soal ibadah dan juga khalifah.
Mereka telah melakukan penyelewengan dalam aqidah dan juga ibadah.
Selain itu, mereka mengabaikan tugas sebagai khalifah untuk mengajak manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah dan mula menyembunyikan kebenaran, bahkan mengubah mengotori kebenaran dengan
syirik dan hawa.
Ini mengundang kemurkaan Allah. Akhirnya Allah s.w.t. mengalih pemilihan
nabi di kalangan keturunan Nabi Ismail a.s. iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

(2) Jarak masa antara Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w. sangat panjang dan jauh.
Generasi demi generasi silih berganti tetapi ajaran Nabi Ibrahim a.s. masih banyak dikekalkan
walaupun terdapat penyelewengan dalam beberapa amalan (amalan Haji, bulan-bulan Haram, kepercayaan kepada Allah sebagai pencipta).

Penyediaan Muhammad sebagai Nabi


1. Di Perkampungan Bani Sa’adah
Baginda dibesarkan selama 4 tahun oleh keluarga susuannya. Oleh itu, Baginda membesar dengan
tubuh yang kuat, jasmani yang sejahtera, lidah yang fasih, jiwa yang berani dan mampu menunggang

Selasa, 15 Jun 2010

MEMOoo.

Salam kepada semua..
Nantikan sambungan kepada muQadDimaH Ini Sejarah Islam ..Siri 1 Era Jahiliyyah, Makkah dan Madinah

Menulis kembali InsyaAllah,.
Salam ikhlas dr Isiamin :)

Isnin, 14 Jun 2010

MuQadDiMaH :.

 MANUSIA IBARAT LOGAM

Daripada Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda (maksudnya):


'Manusia itu seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyah, terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham'

Apakah maksud hadith di atas? Logam tidak berubah nilainya pada mana2 zaman. Begitu juga dgn diri manusia, sekiranya sewaktu jahil dia sangat hebat, jika dia masuk Islam, dia juga akan menjadi muslim yang hebat tetapi sekiranya dia Faham. sbg contoh, Umar Al-Khattab sangat terbilang sewaktu jahiliyyah menentang Islam, namun setelah memeluk Islam, beliau sangat digeruni oleh orang2 musyrik.


2. FAHAM AD-DIN

Apakah maksud Faham di sini?

Daripada Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda (maksudnya):



'Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Deen'

Kebaikan yang dikurniakan Allah tidak merujuk kepada harta benda, pangkat, anak dan sbgnya tetapi kebaikan sebenar merujuk kepada kefahaman dalam hati tentang Ad-Din. Apakah kefahamn terhadap Ad-Din? Itulah kefahamn trhdp cara hidup Islam mengikut Al-Quran dan As-Sunnah Rasul.

3. FAHAM dengan HATI vS FAHAM dengan AKAL

Rasulullah S.A.W bersabda;

"Ketahuilah bhw dlm stp jasad ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah slrh jasad dan apabila ia rosak maka rosaklah slrh jasad, Ketahuilah ia adalah hati"

Bayangkan antum membaca novel Laskar Pelangi, kalau ditanya soalan dr A-Z semua dapat jwb. Ttp, kalau antum baca buku Bio atau Physic kalau ditanya sikit, "eh2 jap nk rujuk dulu". Ini menunjukkan antum menghayati novel trsbut dgan hati tetapi memahami buku akademik dengan akal.

Apa yang difahami oleh hati pasti mempengaruhi kehidupan seseorang, ttp kefahamn dr akal belum tentu mengubah kehidupan seseorang. Islam yang berlandaskan Al-Quran hanya boleh difahami oleh hati, bukan akal.. Fikirkanlah..

4. FAHAM ISLAM atau FAHAM HUKUM FIQH lebih penting?

PeNGeNaLaN- Apakah ISI?

Assalamualaikum..! Alhamdulillah akhirnya blog ini tertubuh jua pada saat ini..adakah antum tertanya-tanya akan perkara apa ISI ni..? Hmm.. Sebelum itu ISI mahu tanya..Boleh kan??

Siapa anta?
Apa sejarah anta?

Melaui blog ini,..Kita akan menyoroti sejarah sebuah ummah yang pernah menguasai dunia. Melalui penilaian sejarah dan pemahaman sunnah Allah dalam mengatur perjalanan sebuah ummah, kita akan dapat membongkar rahsia kegemilangan ummah tersebut. Juga, kita akan meneliti titik-titik kelemahan
yang melemahkan kekuatan sebuah tamadun. InsyaAllah...!

Hayatilah video ini..:



Pemahaman terhadap sejarah adalah lebih penting daripada mengetahui senarai tarikh peristiwa peristiwa bersejarah.

Justeru sejarah KITA bermula daripada permulaan dakwah Rasuallah s.a.w di Mekah kemudian di Madinah. Selapas itu disambung kepada Khulafa Ar-Rasyidin, kemudian kepada Umaiyah kepada kecermerlangan sains dan teknologi semasa zaman Abbasiyah sehingalah kepada seranagan Mongul ke atas Baghdad dan puncanya di mana pada ketika itu, semangat jihad umat Islam luntur akibat ketaksuban mereka dalam mengembangkan teknologi. Seterusnya menyentuh zaman Turki Othmaniyah dan penyebab kepada keruntuhan Khalifah Islam di Turki angkara Mustafa Kamal Artartuk laknatullah

InsyaAllah penulis akan melakukan yang terbaik dlm menyampaikan ini. Ameen