Isnin, 11 Oktober 2010

1.2 .. Era Makkah ; Dakwah Bermulaa

Era Makkah: Dakwah bermula…

Sasaran: Menyatakan peranan dan tugas utama yang dibawa oleh Muhammad s.a.w. sebagai
Rasulullah, iaitu untuk berdakwah. Beberapa perkara lain yang perlu ditekankan adalah
kesungguhan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat dalam berdakwah dan isu utama yang
diselesaikan oleh para pendakwah pada era ini (persoalan aqidah tauhid).
Era ini berlansung selama 13 tahun (610 – 623M).

Penurunan Wahyu: Permulaan Misi Dakwah







Apabila Muhammad s.a.w. menghampiri umur 40 tahun. Baginda mula pergi ke Gua Hira’ di
Bukit Nur. Kisah penurunan wahyu diterangkan dalam hadith diriwayat Aisyah r.a.:
…Jibril menemui baginda dan memerintah baginda membaca dengan katanya: Bacalah ,
jawab baginda: Daku tidak tahu membaca , dipeluknya baginda sehingga
kepenatan dan diperintah sekali lagi dengan katanya: Bacalah, jawab baginda: Daku tidak tahu
membaca, maka dipeluknya hingga baginda kepenatan, diseru lagi dengan katanya, bacalah! dan
jawab baginda daku tidak tahu membaca, dipeluknya Baginda kali ketiga kemudian dilepaskan
dengan katanya:



“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia
dengan segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar
(manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak
diketahuinya.” (Surah Al-'Alaq 96: 1-5)...”
Kemudian baginda s.a.w. pulang kepada Khadijah r.a. dan seterusnya bertemu Waraqah bin
Naufal, mengesahkan kenabian baginda. Berlaku penangguhan wahyu selama 40 hari.

******************************************************************

1 Menurut riwayat Aisyah r.a. ada 4 jenis perkahwinan: 1) Perkahwinan yang sah 2) Kahwin mencari anak pintar 3)
Persetubuhan dengan pakatan orang lelaki 4) Perempuan merelakan dipersetubuhi oleh ramai lelaki (meletakkan kain
di pintu).
2 Pembunuhan anak perempuan dilakukan ketika anak itu berumur 5 atau 6 tahun, ditanam dalam lubang hidup-hidup
atau direjam sehingga mati.
******************************************************************

Wahyu kedua: Surah Al-Muddastsir: 1-7

“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat
manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya! Dan pakaianmu, maka
hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.”

Dakwah Sirriyah: 3 tahun yang tersembunyi
Rasulullah s.a.w. kemudiannya memulakan seruan dakwahnya kepada mereka yang terdekat dan
dipercayainya. Ini termasuk Khadijah, Zaid bin Haritsah, Ali bin Abi Thalib dan Abu Bakr r.a.
(golongan pertama). Melalui Abu Bakr r.a. : ‘Uthman bin Affan, Zubair bin Al-‘Awwam, Abdul
Rahman bin ‘Auf, Saad bin Abi Waqas dan Thalhah bin ‘Ubaidillah r.a.. Seterusnya, Abu Ubaidah
Al-Jarrah, Said bin Zaid dan Fatimah Al-Khattab, Bilal bin Rabah, Abdullah bin Jahsy dan Suhaib
Ar-Rumi. Selama 3 tahun, seramai 40 orang (anggaran) yang memeluk Islam.
Rasulullah tidak berlengah dalam memulakan seruannya.  sudah cukup untuk
menyedarkan manusia yang selama ini tertidur. “Sudah berlalu masa tidurku”

Dakwah Jahriyyah: Seruan terbuka
Bermula dengan keluarga (Surah As-Syu’ara’ 26: 214),

“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.”
Nabi menyeru kepada kaum keluarganya (2 majlis kenduri). Pertama: Rasulullah s.a.w
berdiam diri dan langsung tidak berkata apa-apa pun kerana Abu Lahab membuat kecoh.
Kedua: Abu Talib menyatakan kebersediaan dia untuk menyokong Nabi s.a.w.
Kemudian, seruan kepada masyarakat umum (Surah Al-Hijr 15: 94),

“Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai
Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.”
Nabi menyeru kepada penduduk Makkah di Bukit Safa. Rasulullah berkata: Bagaimana
kalau ku katakan kepada kamu kalian, bahawa di sebalik bukit sana ada musuh berkuda
akan menyerang kamu, apakah kamu boleh percaya cakap ku itu? Jawab mereka: Ya kami
percaya, sebab selama ini belum pernah kami berpengalaman, selain dari kebenaranmu.

Maka sambung Rasulullah dengan kata-katanya: Sesungguhnya aku hendak memberi
peringatan kepada kamu kalian bahawa azab sengsara sedang menanti kamu! Maka kata
Abu Lahab: Binasalah kau diseluruh hari ini, apakah untuk ini maka kamu mengumpul
kami semua, dengan itu turunlah ayat Allah yang bermaksud: "Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab ".

Nabi Muhammad s.a.w. meneruskan usaha menyebarkan Islam selama 13 tahun kepada setiap
manusia di Makkah dan sekelilingnya. Dakwah Islamiyyah tetap diteruskan walaupun
mengharungi pelbagai mehnah dan tribulasi.

1. Penentangan oleh Kaum Quraisy dan juga Bani Tha’if.
2. Tuduhan [Tenung nasib, Gila (Surah Al-Hijr 15: 6), Penyair, Sihir (Surah Shad 38:4)]
3. Siksaan [Nabi, Mus’ab bin Umair, Bilal3, Ammar dan Keluarga Yasir4, Khabbab bin Al-
‘Arts]
4. Boikot selama 3 tahun pada tahun 7 Nubuwwah [Bani Hasyim dan Bani Muthalib]
5. Diplomasi [Gilir-gilir sembahan (Surah Al-Kafirun), ‘Utbah bin Rabi’ah: Harta,
Kehormatan, Raja atau bagi tabib]

Kisah Abu Dzar Al-Ghifari: Mahu mendalami Islam lalu pergi Makkah sendiri. Bertemu dengan
Ali r.a. dan dibawa bertemu Muhammad s.a.w.. Dia mengisytiharkan keislamannya di tengahtengah
Masjidil Haram dan dibelasah (Al-Abbas tolong mempertahankannya).
Selama 13 tahun baginda s.a.w. melakukan dakwah di Makkah, hanya 300 orang yang menerima
Islam (anggaran). Sedangkan, Nabi s.a.w. mempunyai masa yang cukup panjang untuk berdakwah
dan penduduk Makkah hanyalah dalam lingkungan 10 000 orang sahaja5 (anggaran diambil dari
Perang Uhud). Rasulullah ‘sepatutnya’ telah bertemu dan berdakwah kepada setiap orang di
Makkah. Kenapa dakwah Nabi tidak diterima sedangkan baginda dikenali sebagai Al-Amin?
Pada permulaan ini, seruan Nabi s.a.w. menyeru manusia mentauhidkan Allah s.w.t. dan kembali
beriman dengan kehidupan Akhirat. Secara keseluruhannya, seruan ini berkisar mengenai Aqidah.
Tidak banyak syariat Islam yang ditetapkan pada era ini. Allah tidak membenarkan umat Islam
pada ketika itu mengangkat senjata dan membalas penentangan (Surah An-Nisa’ 4: 77):

“Tidakkah Engkau (hairan) melihat (Wahai Muhammad), akan orang-orang Yang (pernah)
dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang Yang
belum diizinkan)…".”

Penghijrahan ke Madinah: Anugerah daripada Allah




Allah telah memberikan anugerah kepada Rasulullah s.a.w. dengan pengislaman beberapa orang
Madinah semasa kedatangan mereka ke Makkah untuk menunaikan haji. Bermula dengan 6 orang
pertama pada tahun 11 Nubuwwah dan seterusnya:
Baiatul Aqabah I (tahun 12 Nubuwwah) 6: 12 orang dan penghantaran Mus’ab bin Umair
Baiatul Aqabah II (tahun 13 Nubuwwah)7: 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan, dan
perlantikan 12 orang naqib untuk mewakili kabilah masing-masing.

*Bilal bin Rabbah: Dijemur dan ditindih dgn batu besar. Dia mengulang-ulang, “Ahad…Ahad.”
*Yasir dan Sumayyah (ditusuk pada jantung) mati dibunuh oleh Abu Jahal. ‘Ammar dijemur dan ditindih dgn batu
besar serta ditenggelamkan berulang-ulang ke dalam kubang…akhirnya dia tumpas…Abu Jahal suruh dia puji Lata
dan ‘Uzza…Surah An Nahl: 106.
*Ini dianggarkan melalui bilangan tentera Musyrikin Makkah yang menyertai Perang Uhud iaitu seramai 3000 orang.
Dengan itu, dianggarkan terdapat 3000 orang perempuan di Makkah dan seramai lebih kurang 4000 olagi terdiri
daripada kanak-kanak, orang tua dan mereka yang tidak turut serta dalam perang itu.
*Baiatul Aqabah I: Tidak akan mempersekutukan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan
membunuh anak-anak kami, tidak akan berdusta untuk menutup apa yg ada di depan atau di belakang kami dan tidak
akan membantah baginda dalam hal kebajikan.
*Baiatul Aqabah II: Janji bahawa akan melindungi diri baginda seperti melindungi anak isteri mereka sendiri.

Kini setiap pintu rumah di Madinah telah diketuk dan diseru kepada Islam. Islam diterima baik
oleh penduduk Madinah.
Kemudian turun arahan Allah untuk berhijrah ke Madinah. Kaum muslimin terpaksa
meninggalkan kampung halaman, harta dan ladang-ladang.

Madrasah Nabi: Pembinaan Manusia selama 13 tahun
Jangka masa yang cukup panjang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. untuk pembentukan generasi
pertama Islam. Segala ujian berupa fitnah dan penyiksaan yang berlaku kepada para sahabat telah
menyediakan mereka dengan ciri-ciri pendokong dakwah yang mempunyai ketahanan yang kuat
dan rela berkorban apa sahaja demi Allah. Manusia yang tidak mampu menampung risalah ini
tumbang dan kembali semula kepada kekufuran. Berlakulah proses pembersihan…
Madrasah Nabi s.a.w. melahirkan generasi yang bersih daripada sebarang kesyirikan dan bebas
daripada kepentingan peribadi. Mereka tetap tekad dalam perjuangan Islam walaupun tiada harta
dan .
Merekalah Qaedah Sulbah kepada perjuanagn Islam seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan