Isnin, 14 Jun 2010

MuQadDiMaH :.

 MANUSIA IBARAT LOGAM

Daripada Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda (maksudnya):


'Manusia itu seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyah, terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham'

Apakah maksud hadith di atas? Logam tidak berubah nilainya pada mana2 zaman. Begitu juga dgn diri manusia, sekiranya sewaktu jahil dia sangat hebat, jika dia masuk Islam, dia juga akan menjadi muslim yang hebat tetapi sekiranya dia Faham. sbg contoh, Umar Al-Khattab sangat terbilang sewaktu jahiliyyah menentang Islam, namun setelah memeluk Islam, beliau sangat digeruni oleh orang2 musyrik.


2. FAHAM AD-DIN

Apakah maksud Faham di sini?

Daripada Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda (maksudnya):



'Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Deen'

Kebaikan yang dikurniakan Allah tidak merujuk kepada harta benda, pangkat, anak dan sbgnya tetapi kebaikan sebenar merujuk kepada kefahaman dalam hati tentang Ad-Din. Apakah kefahamn terhadap Ad-Din? Itulah kefahamn trhdp cara hidup Islam mengikut Al-Quran dan As-Sunnah Rasul.

3. FAHAM dengan HATI vS FAHAM dengan AKAL

Rasulullah S.A.W bersabda;

"Ketahuilah bhw dlm stp jasad ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah slrh jasad dan apabila ia rosak maka rosaklah slrh jasad, Ketahuilah ia adalah hati"

Bayangkan antum membaca novel Laskar Pelangi, kalau ditanya soalan dr A-Z semua dapat jwb. Ttp, kalau antum baca buku Bio atau Physic kalau ditanya sikit, "eh2 jap nk rujuk dulu". Ini menunjukkan antum menghayati novel trsbut dgan hati tetapi memahami buku akademik dengan akal.

Apa yang difahami oleh hati pasti mempengaruhi kehidupan seseorang, ttp kefahamn dr akal belum tentu mengubah kehidupan seseorang. Islam yang berlandaskan Al-Quran hanya boleh difahami oleh hati, bukan akal.. Fikirkanlah..

4. FAHAM ISLAM atau FAHAM HUKUM FIQH lebih penting?


Umat Islam dituntut memahami Islam itu sendiri beserta gambIslam akan mengamalkan semua aspek Islam, ttp org yang tidak faham Islam, se
 aran (Tasawwur) serta aplikasinya,..bukan hanya mendalami hukum Fiqh tanpa aplikasi yang benar dalam kehidupan. Jelasnya, manusia yang faham

 kadar pandai berhujah tentang hukum Islam, kehidupannya tidak berdasarkan Islam seluruhnya.
Oleh itu, tidak hairanlah orang yang menghafal Quran masa kini masih boleh melakukan maksiat dan sbgnya. Ambillah Iktibar drpd kisah Sumayyah..

*Al-Quran diturunkan utk menyelesaikan permasalahan hati

5. APA YANG PERLU UTK FAHAM AD-DIN?

Fahamilah 2 tujuan hidup kita iaitu;

1) Untuk beribadah kepada Allah (Surah Az-Dzariyat: 56)
'Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu....'

2) Sebagai khalifah Allah (Surah Al-Baqarah: 30)
-tugas khalifah ialah memastikan mamusia terus berada di atas landasan Ibadah kpd Allah, bkn sbg tggjwab politik atau sekadar memakmurkan bumi Allah.

'Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi...'

SABAR 2..selepas dah faham 2 point pntg, ada lg perkara pntg dlm faham Islam, iaitu

1. Siapa Kita?

kanak-kanak----.> remaja (pelajar)----> jurutera (dewasa) -----> warga emas (pencen) -----> jenazah (dah mati)..

Hmm...terasa hidup ini singkat kan.. Tetapi kalau kita katakan kita MUSLIM, kehidupan kita bersambung terus dengan TUHAN yang menciptakan kita, daripada penciptaan manusia pertama, Nabi Adam A.S. dan akan berterusan sehinggalah kepada destinasi akhir kita iaitu di Hari Akhirat..

2. Apa Sejarah Kita?
Sejarah, atau kronologi kehidupan, boleh juga ditafsirkan sebagai sesuatu yang telah berlalu dan juga ketetapan Allah (Sunnatullah).



'Sunnatullah (ketetapan Allah) telah berlaku sejak dahulu lagi dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bg cara dan peraturan Allah itu' (Surah Al-Fath: 23)

Sunnatullah merupakan peraturan dan ketentuan yang digariskan Allah bagi manusia dalam menjalani kehidupan serta bersifat pasti dan tidak berubah.
Sejarah akan berulang, jika kita benar2 mengkaji sejarah..Allah S.W.T telah menggariskan ketetapan dan juga pengajaran2 dalam kronologi kehidupan manusia sejak dahulu lagi, supaya manusia belajar dari sejarah dan juga kesilapan dahulu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan